Dalam bahagian II ini panzang sikit dia punya tulisan gia..
taulah ini gatal-gatal tu jari-jemari gia menekan punat cumputer gia.
taulah ini gatal-gatal tu jari-jemari gia menekan punat cumputer gia.
Pertanyaan kita bersama-sama gia Apa yang dilakukan oleh si penderita kusta ini, sehingga ia mendapat kesembuhan?
Seperti yang kita tahu peraturan dalam agama Yahudi bahawa orang yang menghidap penyakit kusta tidak boleh mendekati (apa lagi bersentuhan) dengan orang yang normal!
(mereka di asingkan di "Lembah kematian").
(mereka di asingkan di "Lembah kematian").
Tapi, dalam perikop Injil Matius 8 ayat 1 ini mengisahkan bahawa si urang kusta ini nekad!
Ia mahu disembuhkan! Maka begitu melihat Yesus, ia berusaha mendekati Yesus!
Disini kelebihan si kusta berbanding orang lain yang dikatakan berbondong-bondong mengikuti Dia.
Ada banyak orang mengikuti Yesus, tetapi tidak mahu datang dan mendekati kepadaNya!
Oleh sebab itu mereka inda mendapat apa-apa gia!
Nak apa yang dapat kita pelajari bersama-sama gia dari bahagian ini adalah:
~ Kalau kita mau disembuhkan baik itu jasmani maupun rohani, maka langkah pertama adalah datang om mendekatlah kepada Yesus!
~ Kalau kita ingin diberkati, langkah pertama adalah datanglah pada Yesus.
~ Kalau kita ingin damai sejahtera dan sukacita, maka langkah pertama adalah datanglah kepada Yesus!
Datang om dekat pada Yesus adalah jaminan masa depan yang gemilang terbilang om cemerlang gia hehehhe!
Ayat 2 suga mengisahkan di mana urang kusta ini sujud menyembah manakala dalam versi Injil Lukas orang kusta ini tersungkur di depan kaki Yesus
(~berlutut~ lihat suga dalam versi Markus 1:40 ).
Dalam budaya Yahudi salah satu cara orang menyembah Allah dengan jatuh tersungkur mukanya menghadap ke tanah! Kata tersungkur dari bahasa Yunani disebut " Proskuneo " di mana kata ini digunakan sebagai kata "menyembah" yang dikhususkan untuk Tuhan!
Si Orang penyakit kusta ini tersungkur/sujud om menyembah kerana mengakui dua hal:
Pertama mengakui Dosanya = Bagi orang Yahudi pesakit kusta dianggap kena kutukan Allah sebagai ganjaran atas dosanya.
Kedua mengakui Ketidaklayakannya = Si orang berpenyakit kusta ini merasa "kotor" om inda layak datang kepada Yesus, kerana tubuhnya penuh dengan kudis!
Ini yang harus kita pelajari dari si orang kusta ini.
Biasanya manusia susah mengakui 2 hal di atas: dosa dan merendahkan diri di hadapan Tuhan.
Semua orang selalu menganggap dirinya baik dan benar
( Macam suga sya dulu-dulu gia kekekek )
( Macam suga sya dulu-dulu gia kekekek )
Tetapi Firman Tuhan berkata barangsiapa dengan rendah hati om mau mengakui dosanya di hadapan-KU, ia akan sembuh!
Bahawa orang yang merendahkan diri di hadapan Tuhan, ia akan ditinggikan, tetapi barangsiapa meninggikan dirinya, ia akan direndahkan bdk Lukas 18:14b.
Sebab orang yang meninggikan dirinya adalah orang yang sombong. Dan kesombongan dihadapan Tuhan adalah suatu kekejian. Dosa yang terbesar adalah kesombongan.
Kerana kesombongannya Kain membunuh Habel.
Kerana kesombongannya Saul hendak membunuh Daud,
Bahkan kerana kesombongannya ingin menyamai Allah, maka Lucifer dibuang ke bumi.
Mari kita lihat suga dalam Kitab Amsal 28: 13
( Siapa menyembunyikan dosanya tidak akan beruntung. Siapa mengakui dan meninggalkannya, akan dikasihani TUHAN ).
MEMPUNYAI IMAN YANG TEGUH
Si orang kusta ini memperolehi kesembuhan kerana ia mempunyai iman yang teguh untuk sembuh di mana Ia percaya penuh kepada kemampuan Yesus ayat 2b.
Ia berani melanggar beberapa peraturan keagamaan, ia berani mendekati Yesus.
Dan ia berani meminta kepada Yesus untuk menyembuhkannya.
di mana kalimat yang diungkapkan si orang kusta ini dengan penuh keyakinan ” Tuan, jika Tuan mau, Tuan dapat mentahirkan aku.” Tidak ada terkandung sedikitpun keraguan dalam kalimat Si urang kusta yang percaya penuh kalau mahu Yesus pasti mampu.
Tanpa Iman yang teguh, tidak akan ada mujizat!
Tanpa iman kita pasti mengandalkan kekuatan kita sendiri bahkan juga bergantung orang lain, tetapi dengan iman kita percaya bahawa sumber pertolongan kita itu datangnya dari Tuhan.,
Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari yang tidak kita lihat ( Ibr. 11 : 1 )
Sukses, mujizat, kesembuhan, kelimpahan dan berkat itu bermula dari dalam hati kita
Tuhan hanya akan mengubah seseorang, kalau orang itu memang mahu berubah
Iman dan perbuatan adalah saling memperlengkapi, iman tanpa perbuatan adalah sia-sia ( mati adanya ).
Tanggapan Yesus
Di saat orang lain menghindari si kusta, ternyata Yesus justru menerima si kusta apa adanya dengan penuh belas kasihNya! Walaupun Ia tahu pada masa itu masyarakat Yahudi menganggap bahawa urang yang menghadapi penyakit kusta sedang dihukum Allah, seperti yang sudah sya mengsakap dalam catatan sebelumnya gia bahawa hidup mereka di pulaukan om di asingkan dan nda di benarkan mendekat sama urang lain.
Bahkan jika ada seseorang yang menyentuh pesakit kusta, ia juga dinyatakan najis dan dipulaukan..
Nak di sinilah kita melihat sudut pandang Yesus yang sukup unik gia.
Dimana Yesus tidak membeza-bezakan manusia. Sesiapa yang mahu datang dekat kepadanya, selalu diterimanya dengan tangan terbuka gia tidak kira status,kedudukan,pangkat, lebih-lebih lagi jika kita orang yang berdosa. Yang penting Yesus mengetahui bahawa kita datang kerana memerlukan Dia!
Disini SENTUHAN AJAIB
Sang Mesias terjadi! Apapun yang disentuh Yesus, berubah menjadi baik!
Orang sakit berubah menjadi sembuh, Orang berputus asa berubah menjadi berpengharapan, Orang susah berubah menjadi senang gitu.
Di mana dalam ayat 3 ini menyatakan bahawa Yesus mengulurkan tangan-Nya menjamah orang kusta ini dengan
" Penumpangan Tangan " dimana dalam kitab suci Penumpangan Tangan itu mempunyai om memiliki pelbagai erti :
Apakah erti-ertinya itu?
Bah, kita ikut dia punya kesambungan bahagian III gia..kekeke
Inikali la panzang berhabis gia.
Bah dengal-dengal lu lagu-laguan gia
ataupun
kita kupi-kupi dulu bah gia hehehe

.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan